cikgu?

hari ini sungguh saya kesunyian di rumah. hanya bertemankan laptop dan tv yang terpasang dari pagi. disebabkan kesunyian inilah yang memaksa otak saya untuk berfikir tentang masa depan. isu masa depan selalu saya elakkan, kerana saya tahu, apa sahaja perangkaan saya haruslah berdasarkan sekolah penempatan saya yang kini masih lagi menjadi misteri (oh cuak sungguh!).

saya tak pernah terfikir untuk menjadi seorang cikgu. kalau dilihat dari senarai cita-cita saya dari kecil, semuanya ada, dari posmen, bomba sampailah ke ahli astronomi, tapi ternyata bukan cikgu.

sewaktu mengisi borang UPU, abah memberi nasihat agar saya memikirkan semua pilihan saya dengan sebaik mungkin. abah membenarkan saya membuat pilihan sendiri, dengan syarat opsyen ke-4 adalah pilihannya. setelah jenuh dan hampir masak otak berfikir, saya mengambil keputusan untuk memilih jurusan accounting sebagai pilihan pertama, kedua ialah finance dan ketiga ialah economics. Prinsip akaun dan ekonomi adalah subjek yang paling saya minati. saye merayu pada bonda untuk mengambil P.A sendiri kerana kelas saya tidak menawarkan P.A. jadi bonda menghantar saya ke kelas tuisyen dan saya berhempas pulas menelaah P.A sendiri di rumah. kerana saya sungguh suka bermain dengan wang opppsss… nombor πŸ˜›

abah dengan rasionalnye bahawa cikgu adalah kerjaya yang sangat manis untuk seorang perempuan. saya mengikutkan aje walaupun dalam hati saya sungguh-sungguh menyatakan bahawa pemilihan pelajar adalah berdasarkan pilihan pertama mereka. dan sungguh saya hari-hari berdoa agar saya dapat melanjutkan pelajaran dalam bidang yang saya minati. punyelah tak hendak langsung menjadi cikgu, sehingga dalam temuramah dengan pihak BPG, saya menyatakan setulus hati saya bahawa saya tak mahu menjadi cikgu.

namun, kita hanya merancang Allah yang menentukan.bila saya melihat keputusan UPU, sungguh hati saya menangis. Abah dan bonda sujud syukur dan Abah juga menyuruh saya sujud syukur. masih keliru, saya solat hajat minta kekuatan dan ketenangan.

Setelah 5 1/2 tahun dilatih di IPBA dan Macquarie University of Sydney, saya hanya dapat membayangkan masa depan saya menyumbang kepada agama dan negara sebagai seorang cikgu. sungguh saya jatuh cinta dengan profesyen ini. pengalaman praktikum selama 12 minggu membuatkan hati ini terloncat-loncat untuk memulakan kerjaya dengan rasminya pada tahun hadapan.

sungguh pilihan arwah abah membawa kegembiraan yang tidak terhingga kepada saya πŸ™‚

terima kasih abah.

jadi, setelah berfikir sepanjang hari ini, biarlah saya dihantar ke ceruk mane, ke pedalaman mane, nak buat master ke tak nak ke, buat masa ini saya hanya fikir untuk mengajar sahaja. cukup.

(sebenarnye malas nak pikir, baik bace buku)

Advertisements

3 thoughts on “cikgu?

  1. salam….i could emphatized with u too…my parents advised me to be a teacher too, after spm…and i already got the offer to go to teaching college…however i chose to enter ukm matriculation….after 5years of studying in UKM, i went to work in an IT field. after nearly 2 years of working, i practically surrendered. what yr father said is true-being a teacher is SWEET. after my kpli, right now i m teaching english in nearby my hometown….

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s